Friday, February 17, 2012

:: 5 Sebab Anda Perlu Ke Pameran Pengantin Malaysia (24-26 Feb) , di Sacc Convec ::



Entry ni spesyel sikit...... ini bukan propa TATAPI kenyataan.... B2B semua kene baca btol2... pastu kene bawak mak-pak, bakal mak-pak, anak penakan semua tapi tunang pun jangan lupa, kawan2 pun ajak lah sama....

Apa yg sepesyel.... aisshhh byk lah spesyelnya.... tapi bg 5 dulu cukuplah kot....

1. Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event di Shah Alam Convention Centre ni adalah PPM yang Terbesar untuk tahun 2012 dengan penyertaan lebih kurang 80 peserta & 124 tapak phewwwwhhhhh. Rugi lah kalau tak datang kan!

2. Gabungan nama2 vendor yang hebat; antaranya Arma Couture-Ari Wedding Couture-Avicenna Studio-Gi Photshoot-The Photolicious-Dina Halim Bridal Boutique-Suri Wedding Shah Alam-Style Weddings-Nurul Izzah Catering-Shahmie Catering-D'Mawar Catering dan banyak lagi semua hebat-hebat belaka.... kang bg tau semua tak surprise plak kang....

3. Buat pertama kali Pameran Pengantin Malaysia akan dapat menyaksikan Pertunjukkan Fesyen, pereka fesyen terkenal tanahair dan nama-nama yang terkenal didalam bidang perkahwinan antarannya;

Zery Zamry, Qudyn Aziz, Hazree Wahid, Hazwani osman
        Rien Zaid, KL Wedding Ministry, Persada Embun, Rita Collection
Rins Suzana Kuala Lumpur
4. Tema yang dibawakan kali ini berbeza dr tahun 2011 (yg mana lebih kpd konsep fairy tales-snow white-cinderella-jasmine). Kali ini kita bertemakan "Cinta Seputih Salju" all white gitu... yg harapnya memberikan impak romantik dalam dekorasi vendor kali ini... PPM pun tak sabar nak tengok idea sumer vendor2... Warna tema yang putih suci yang selalunya menjadi pilihan bakal-bakal pengantin yang tentunya akan memberi karakter tersendiri bila diadaptasikan kedalam sentuhan dekorasi pameran kali ini

5. Pengunjung bertuah pula akan dipilih setiap hari yang akan mendapat hadiah istimewa tajaan Shahmie Catering , Avicenna Studio dan beberapa penaja lain... Jangan risau pengunjung bertuah akan diumumkan melalui email.... Selain itu setiap vendor juga menyediakan tawaran istimewa yang hanya boleh didapati sepanjang 3 hari ini sahaja... terdapat diskaun harga, hadiah TV LCD, Blackberry, pakej bulan madu dan pelbagai lagi....

Insya Allah kami tidak akan mengecewakan anda... jadi apa lagi SAVE THE DATE u olls...

Admin
PPM by Urban Vibe Event 

2 comments :