Wednesday, February 20, 2013

Honeymoon.

Assalamualaikum, everybody!

Engko... Tajuk kalau tak meletups, tak boleh kan? Haha. Sensitip betul tajuk ni. Bukan apa, memandangkan ni blog perantin, kita kena la update pasal perantin sokmo. Takkan nak update pasal retis pulak kan? Logik tak apa yang saya bagitau ni? Logik kan?  Melainkan blog ni bernama Oh Cik Cekodok, Mari Bergosips. *lariiii. Okay, kalau logik baguslah."Cik Cekodok, sejak bila jadi keji ni?" 

Ampunn.

"So... Macam mana nak organize honeymoon supaya kita boleh berhoneymoon dengan tenang ni??"

Well..well.. well... Anda bertanya kepada orang yang boleh dikatakan amatur.


"Amatur kew?"


Rasa tercabar sikit bila seorang bayi yang comel yang baru saya google tadi turut meragui saya. Jangan begitu hokayyy. *tuding-tuding jari, sambil mucung*

First and foremost,

Berbincang
-Sila la pergi tanya pasangan korang tempat yang dia nak pergi. Ini tidak. Kamu syok sendiri berangan yang kamu sedang berlari-lari anak sambil bercanda di persisiran pantai tanpa berkasut. Haih. Padahal pasangan kamu tak terbayang camtu pun. Lebih-lebih lagi lelaki. Apa yang saya nak tekankan disini ialah, apa-apa keputusan pun, berbincang dan bertanya dulu kepada pasangan masing-masing. Sebab, yang nak berhoneymoon ni korang berdua dan melibatkan jiwa kedua-dua pihak. Bukan main syok sendiri je tawww.

Survey
-Kepada pasangan yang rajin, boleh la berganding bahu pergi survey tempat yang korang dah plan nak pergi, survey harga tiket Flight, survey yang hotel yang best-best dan selesa, sediakan duit yang secukupnya (jangan pergi pinjam ah long pulak semata-mata nak pergi honeymoon) , persiapan fizikal mahupun mental. Korang faham-faham je la, kebanyakkan yang berhoneymoon ni first time nak bermanja-manjaan dengan pasangan masing-masing dengan cara halal. Heheh terasa macam gatal. Tak tau nape rasa camtu dan tetiba saya blushing seorang diri secara psychonya disini.

Budget
-Okay. Ini masalah utama setiap kali nak pergi honeymoon. Bukan semua orang mampu nak pergi honeymoon kat jauh-jauh. Jauh-jauh disini bermaksud macam Oversea gitu. Sebab, bila dah kahwin ni, kena la fikir banyak-banyak kali, kearah mana duit kita akan disalurkan. kadang-kadang, pasangan yang dah kahwin ni nak kumpul duit beli rumah, kereta, etc. Sebab tu la kena jimat-jimat sikit kalau dah tau kita memang tak mampu lagi. Jangan paksa diri mahupun pasangan untuk keluarkan duit banyak-banyak semata-mata nak ikut kehendak kita. Kita kena fikir situasi pasangan kita jugak. Honeymoon ni bukannya sekali sepanjang tempoh ekau berkahwin. nanti dah umur lanjut, pergi la honeymoon lagi. By the time, duit ekau pun dah cukup dah ha (guna duit pencen + duit EPF. kuikuikui). *Amboi, perenggan yang bernama budget ni seolah-olah aku bagi nasihat kat kaum perempuan je kennn? Tak adil uolsss. Konklusinya, kita kena bertimbang rasa antara satu sama lain ye tuan-tuan dan puam-puam.

Oversea
-Bagi yang ada rezeki nak honeymoon kat oversea, pertama sekali ucap Alhamdulillah. Yang kedua, prepare betul-betul. Cek visa dengan passport. Jangan main terjah je. Lagi satu, jangan lupa bayar duit PTPTN. Nanti tak lepas pulak kat airport tu. Ada fahemmm? Ada a few tempat yang saya suka pergi dan saya fikir ianya sesuai untuk berhoneymoon. Hehew. Antaranya ialah Pulau Krabi. Aiyohhhh. Tempat tu best sesangat uolssssss. Iolsss sangat enjoy kat sana. Allahuakbar. Lagi-lagi kat sana ramai orang islam dan senang nak cari halal food. Very calming. Suasana kat sana tenang je. Tak kelam-kabut pun. Ada perkhidmatan sewa motor dan korang boleh naik motor secara romantik tanpa lesen. Hehe. Lepastu, korang kena pandai cari agen pelancongan yang akan bawak korang pergi buat macam-macam aktiviti Contoh: Island hopping, naik ATV, Naik gajah, water rafting. Alhamdulillah sepanjang saya kat saya, layanan dorang tip top la. Kena pandai cakap la. Jangan kau pergi kerek pulak kat dia kennnn. Island hopping best sebab ada bot yang akan bawak korang singgah kat banyak pulau. Setiap pulau, ada specialities masing-masing. Nanti dia akan berhenti kat satu pulau dan kat pulau tu korang boleh lunch, boleh solat jamak kat situ. Makanan pun sodap eh.

 ni kat salah satu pulau. Tak ingat apa nama dia tapi kalau pergi Island hopping, akan singgah kt sini *sumber google*
Ini lah keadaan sebenar kat Phi Phi Island. Air dia memang hiaju kebiru-biruan macam tu uolsss. Nanti bot akan berhenti kat tengah-tengah tu. So, boleh la korang campak roti dalam tu dan nanti aka ada ikan berkerumun makan roti tu. Kalau nak snokerling pun boleh. Dorang akan provide peralatan snokerling kat bot tu. Seghonokkkkkkkkk uolsss! *gambar google jugaks

Sabar
-Last but not least, BERSABAR. Kalau nak rushing-rushing pun ekau nak kemano jah? sabo sikit dan jangan sampai lupa nak bawak kad nikah. Eheh.

Konklusinya, organize honeymoon korang elok-elok. Jangan main terjah jo. Okay bebs and bros sekalian?
Oleh itu, dengan senang hatinya saya mengundurkan diri. Saya memang eksited banyak kalau pergi melancong ni. Tipikal cik cekodok. Lulz.


Truly lagi eksited,
Cik cekodok


















1 comment :

  1. hehe..thanks for the tips...mmg betul belaka...setuju seratus peratus!:-)

    ReplyDelete