Thursday, February 28, 2013

Stress pembunuh mood yang paling kejam

Assalamualaikum, everybody!

Baiklah. Post yang ni saya taip dalam keadaan stress dan tajuk juga ala-ala tajuk surat khabar metro. Hm. Saya juga baru lepas minum kopi instant yang 3 in 1 tu pastu cicah dengan biskut Hup Seng. At least kadar stress saya menurun 1%.


=. .=''


Semasa minum kopi tadi, saya terfikir macam mana nak release stress kerja dan saya selalu fikir benda yang seronok untuk tidak stress tapi lepastu saya jadi makin stress ada la. Tak adil T__T

Dan saya search kat google dan ada la a few tips yang berguna seperti

Senyum.
-Saya cuba nak senyum tapi memandangkan tempat duduk saya jauh dan agak terasing dari staff yang lain, saya tiada tempat yang sesuai untuk senyum. Kiri dan kanan saya hanyalah kertas, kertas dan kertas. Kalau saya senyum dekat kertas, ianya pelik. Oleh itu, saya menggeliat disertakan dengan muka yang buruk tu dan tiba-tiba ada staff lalu di hadapan saya. Staff tersebut tersenyum dan saya juga tersenyum + malu + segan + merah muka. *criesss

Bersendirian
-Ouukeyyy, saya sedang bersendirian. Tengok la lagi sejam. Samada makin stress ataupun makin berkurangan. InsyaAllah makin beerkurangan. Sebab bila bersendirian, kita boleh fikir dengan tenang. *berfikir*. Oh ya, ada ustaz bagitau saya, kalau sedih / stress / susah hati, baca surah Al-insyirah. Kepada b2b yang masih risau tentang hal-hal perkahwinan kalian yang belum selesai tu, bertenang dan baca surah tu. InsyaAllah tenang hati.

Fun
-Buat la something yang fun. Contohya, tengok la video-video yang kelakar kat youtube, call emak, bungee jumping, tengok wayang. Idea tentang bungee jumping tu, saya gurau je tapi kalau berminat, why not?

Whats app
-Kepada yang ada whats app, kalau stress pergi la whats app tunang atau boyfriend / girlfriend. Kalau tak da whats app, mesej la. Kadang-kadang dorang boleh buat kita gelak tersipu malu. Ihiks. *amboi, kemain

Menulis
-Bagi sesetangah orang, menulis diary boleh mengurangkan stress. Saya juga menulis diary sewaktu stress. Hasil daripada penulisan tu sangat kasar bahasanya kadang-kadang sebab stress kan? apapun ia sangat melegakan. *lap peluh*

Tutti Frutti
-Memandangkan ofis kami dekat sangat dengan tutti frutti, semalam saya paksa designer kami untuk belanja kami tutti frutti dan kebetulan saya sedang stress pada ketika itu (haha dasarrrr kaki kikis!). Alhamdulillah, tutti frutti boleh buat saya kembali ceria. Ceria seperti selalu. Ceria + Gedik = cik cekodok

Ada banyak lagi cara untuk hilangkan stress. Semua tu bergantung terhadap minat masing-masing. Ada orang, stress pergi bunuh diri. InsyaAllah masuk neraka terus. Haih. Kan banyak lagi alternatif lain untuk hilangkan stress. Teramat la banyak. Boleh exercise ke, makan ke, tengok tv ke, tidur ke. So, kepada b2b dan kepada cik cekodok(pesanan untuk diri sendiri), jangan stress sangat. Chillex.

Okay beboys and gegirls sekalian?

Truly lagi stress,
Cik Cekodok












No comments :

Post a Comment