Thursday, April 11, 2013

Pencerahan mengenai Segmen Baru!

 
         Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kalian semua, bertemu lagi bersama saya pengganti sementara cik cekodok yang masih belum di jumpai sehingga ke hari ini, tetapi jangan bimbang saya disini sentiasa akan menemani anda. *Jeng jeng jeng..

        Jadi pada hari ini saya nak menceritakan kepada anda semua mengenai segmen yang diadakan pada malam semalam..haaa ingat lagi tak minggu lepas yang saya ceritakan mengenai Professor Cacu tu? ingat tak? ingat tak? tak ingat takpelah, saya cerita la sikit. Pada setiap hari rabu kami akan mengadakan segmen Bicara tentang hati atau luahan dari hati ke hati di www.facebook.com/pameranpengantin. Cuma sebelum ini yang membawa segmen ini Professor Cacu tetapi di sebabkan dia juga mempunyai masalah seperti cik Cekodok iaitu ghaib secara tiba-tiba. Mungkin Professor tersebut menyambungkan pelajarannya di peringkat lebih tinggi agaknya. Jadi kami telah pun mencari pengganti untuk segmen tersebut iaitu Che'Ha !!
tak payah la nak ragu-ragu kerana dia takda gelaran Prof tapi sebenarnya gelaran Che' tu lagi tinggi martabatnya daripada Professor. Haaa so emelkan je masalah anda yang terbuku di jiwa kalian semua, InsyaAllah Che'Ha ni pro bab-bab soal hati ni. ( dia je tau,jangan tanya saya.heheh )

      So semalam Che'Ha ni telah membincangkan mengenai emel telah di hantar daripada seseorang jejaka ( bukan nama sebenar ) ni. Jejaka ini seorang yang tampan segak lagi bergaya tetapi dia telah jatuh hati dengan tunang orang padahal punya la banyak gadis-gadis  kat dunia ni. Jadi Che'Ha terus membahaskan permasalahan ini sehingga la jejaka itu insaf bertaubat dan kini dia sedang menjalankan pemulihan. Kerana Che'Ha berpesan mengambil hak orang lain tanpa keredhaan orang tersebut telah dikira sebagai mencuri. Jejaka tersebut amat berterima kasih kepada Che'Ha dan mengharapkan selepas ini dia dapat kembali kepada kehidupan normal (ok, sebenarnya banyak sangat tokok tambah untuk memeriahkan lagi cerita ini.hehe).

   Jadi segmen ini akan diteruskan setiap hari Rabu. Jangan lupa ya bawa mak ayah adik kakak abang nenek atuk sedara jiran sepupu semua untuk menghadap depan laptop, buka facebook pameran pengantin untuk membincangkan isu semasa mengenai perhubungan, kalau anda atau jiran anda mempunyai masalah terus je emel dekat hr@urbanvibe.com.my.

nantikan kami ya!!!


Ehh jap japp, ni la gamba baru untuk segmen ni...








ehh jap lagi sekali, Jangan lupa juga untuk "like" kami di facebook.










yang menulis,





No comments :

Post a Comment