Tuesday, December 28, 2010

:: Pemenang Urban Vibe Online Contest - Edisi Ke 2 ::

salam.....

Dengan bangganya pada hari ni PPM nak umumkan siapakah gerangannya pemenang "Urban Vibe Online Contest - Edisi Ke 2"... walaupun pertandingan kali ini kurang mendapat sambutan.. pihak kami amat menghargai semua pihak yang bertanding... dan kita benar2 berharap anda semua supporter PPM akan terus bersama kami dan menyokong aktiviti PPM di semua lokasi untuk tahun 2011 dan tahun akan2 datang....

Sebelum tu  nak ingatkan anda semua apakah hadiah2nya...

"Persandingan 'Real Wedding' bertempat di pentas utama Ampang Point Shopping Centre pada tarikh 8 Januari 2011. Segala persiapan pengantin akan di taja sepenuhnya oleh Urban Vibe Event dengan kerjasama para penaja. Hadiah-hadiah berupa ;
Wang Tunai berjumlah RM200.00
Sepasang Baju Sanding  (Lelaki + Perempuan)
Aksesoris lengkap
Make Up sanding (Perempuan)
Bunga Tangan
Pelamin di pentas utama Ampang Point Shopping Centre
Perarakan lengkap dengan iringan kompang, silat dan tarian
Meja Makan Beradap Pengantin
Jemputan tetamu menghadiri mini resepsi seramai 30 orang terdekat pasangan pengantin
Sijil Penyertaan"


so, dengan ini diisytiharkan Pemenang Pertandingan Ampang Urban Vibe Online Contest-Edisi ke2 jatuh kepada








cik fifie.... dari http://dollachantek.blogspot.com/  so dengan ini secara rasminya cik fifie yang mana akan bernikah pada hujung minggu ini akan disandingkan dalam satu majlis resepsi di Ampang Point Shopping Centre bertemakan "crystal blue" pada hari sabtu jam 2.00 ptg. Majlis ini telah mendapat beberapa tajaan, yang mana persalinan pakaian akan ditaja oleh Izz Studio dan perkhidmatan katering ditaja oleh Syahmie Catering beserta wang tunai beserta sijil dari penganjur.. owh cik fifie juga boleh menjemput 30 org ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan majlis tersebut.... nantikannya yer anda semua....  Tahniah sekali lagi kepada cik fifie & bakal suami (bakal yer sebab belum 31 dec lagi tau!!)... tak sabar nak berkenalan dengan anda berdua :P

Note: Pada hari jumaat (7 dec 2010) jam 8mlm akan diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Urban Vibe Online Contest-Edisi Pertama... dijemput anda semua ramai2... datang memeriahkan acara... 

Majulah PPM untuk semua :P
PPM Crew
Urban Vibe Event


5 comments :

  1. sayang PPM. sb adakan majlis penyampaian utk pemenang online contest edisi 1.. wee~!

    ReplyDelete
  2. thanks a lots sbb bg peluang sy n bakal bersanding utk kali ke 3....

    thanks sekali lagi...

    ReplyDelete
  3. wah..bestnye..bile de contest cam ni lagi?nak join gak lah..kot2 de rezeki ke nak dapat hadiah cam ni..best2..congrats tuk cik fifi..happy for her;)

    ReplyDelete
  4. sarah:hehe support kita selalu tau!

    Fifie: sama2 fifie semoga fifie & fazry berpuas hati & mohon maaf atas segala kekurangan yer

    fatin: check out blog kita selalu yer, kita akan slalu buat contest utk semua brides to be yer...

    ReplyDelete
  5. alrite..dah follow pun blog ni;)..will keep on checking the coming update from u guys;)

    ReplyDelete