Tuesday, October 8, 2013

"UNIKNYA MEJA PENDAFTARAN MAJLIS RESEPSI"


Assalamualikum, Apa Khabar semua? Admin harap korang semua sihat, especially pada bakal-bakal pengantin kita yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni. Hari ni admin nak berkongsi serba sedikit mengenai tips untuk menata rias meja pendaftaran. Sound Interesting! Nowadays dah ramai yang menyediakan meja pendaftaran di majlis resepsi mereka oleh kerana kehadiran sudut pendaftaran seumpama mengalu-alukan kedatangan para tetamu ke majlis bahagia anda. Bahkan, anda boleh mengabadikan kata-kata manis atau coretan dari mereka supaya tersemat rapi dalam memori sepanjang melakar bahtera rumah tangga. Ceewahhh..

Usah hadkan pengalaman para tetamu yang hadir dengan sekadar mengabadikan memori di dalam foto album dan video sahaja, sebaliknya ilham kretif anda harus dicetus dengan menyediakan sudut meja pendaftaran untuk mereka sematkan pandangan serta kata-kata perangsang mereka terhadapap keseluruhan majlis resepsi perkahwinan dengan hasil nukilan mesej di dalam buku tetamu.


Anda harus bijak dan kretif , tak memerlukan bajet yang banyak untuk menyediakan meja pendaftaran. Apa kata admin tolong anda , mana tahu boleh diguna pakai ? J

1)  Kad Mesej – Kumpul kad-kad yang direka pelbagai bentuk, ikut kretiviti masing-masing lalu abadikannya dalam pasu gelas, magkuk hiasan, bakul ataupun kotak berhias ketika majlis resepsi. Menarik bukan? J Yeahh!



2)  ‘Clothesline Guetsbook” –Haaa..apa benda pulak tu? Cuba anda bayangkan, gantungan kad ucapan kahwin, selamat berbahagia, selamat pengantin baru dan banyak lagi kata-kata di gantung dalam satu taman bunga? Unik dan cantik kan? Gantungan kata-kata perangsang melalui kad pelbagai rekaan merupakan idea kreatif ketika majlis resepi berlangsung.
 Tapi sekarang ini idea datang macam-macam. Ade jugak tulis atas kayu yang berbentuk puzzle. Wahhh.. gitu.. Idea yang bernas. Lepas kahwin boleh lah di 'frame'kan dan digantung pada dinding rumah..





3)  ‘Wishing tree Centrepiece' – Cetusan idea menggunakan ranting kayu yang cukup menarik dan tak memerlukan bajet. Ranting kayu ini boleh digunakan untuk membuat ‘wishing tree’ dan semakin digemari oleh para mempelai masa kini. Hanya sediakan kertas comel pelbagai bentuk dan warna, riben dan para tetamu akan menulis kata-kata mereka di dalam kertas atau kad itu lalu digantungkan ke ranting ‘wishing tree’. Sangat unik ala-ala Vintage.



4)  ‘Photobooth’ atau gambar Palaroid – Cara yang sangat menyeronokkan untuk merakam intipati majlis perkahwinan anda ialah dengan mengabadikan gambar-gambar tetamu di dalam buku tetamu. Pasti anda akan tertawa dengan pelbagai gelagat mereka yang pasti mencuit hati setelah seharian penat melangsungkan majlis perkahwinan anda.






5)  Tandatangan di dalam Foto Album – Cara yang mudah dan ringkas ialah meminta tetamu menulis kata-kata ucapan mereka dan menandatangani buku tetamu tersebut.

6)  Mesin Taip – Konsep vintageini baru sahaja diaplikasikan ke dalam majlis resepsi pengantin baru masa kini. Dengan menngunakan mesin taip,para tetamu diberi peluang untuk meluahkan ucapan manis kepada kedua-dua mempelai yang diraikan.


7)  Sampul Surat – Idea ini lebih bersifat peribadi ker
ana setiap tetamu yang bertandang akan menulis ucapan mereka di atas sekeping kad nota kecil dan kemudian mereka diminta untuk menyimpannya ke dalam sampul surat yang telah tersedia di ruang buku tetamu



Kunci Utama untuk menghasilkan kombinasi yang sempurna dan dramatik ialah dengan memilih refleks yang terbaik dengan tema majlis perkahwinan dan tampak harmoni apabila digabungkan.

Selamat Mencuba ! :)

Saturday, October 5, 2013

6 Cara Terbaik MENENTUKAN Bajet Kahwin Murah!

Assalamualaikum Semua!! Selamat hari Sabtu dan selamat bercuti hari minggu J

Hari-hari minggu macam ni kebiasaannya bakal pengantin akan meluangkan masa bersama-sama keluarga untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Ada cara masing-masing untuk rangka perjalanan hari bersejarah anda. Ada yang start setahun sebelum majlis, ada yang dua tahun sebelum, ada juga yang hanya berapa bulan. Tetapiiiiii.. tahukah anda persiapan perkahwinan memerlukan perancangan bajet yang terbaik untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran (over budget)? Hmmm.. 

Naik pening bila difikirkan dari persiapan yang kecil hingga lah yang besar, contohnya persiapan resepsi kenduri, barangan hantaran, kad kahwin, malah sisipan untuk para tetamu juga perlu difikirkan untuk menjadikan majlis barakah ini berjalan dengan lancar, seiring dengan apa yang dirancang.


Apa kata korang ikut pendapat ni. Mana tau, akan terasa ringan sikit beban yang tidak tertanggung tu. Bakal pengantin tak boleh stress-stress tau. Rileks-rileks ok. Jom intai bawah ni... :)

1) BARANG HANTARAN
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan bakal pengantin sibuk memikirkan tentang jumlah bayaran untuk hantaran terutamanya bagi yang menggunakan khidmat perancang perkahwinan atau dengan erti kata lain “Wedding Planner”. Upah untuk wedding planner bukan calang-calang bajet, kerana urusan merancang majlis perkahwinan adalah bermula dari A hingga Z dan bajet yang diperlukan untuk membayar semua kos adalah sangat tinggi. Namunnnn.. jangan rasa terbeban kerana sekarang bakal-bakal pengantin pun boleh jadi menggunakan kretiviti masing-masing untuk mengubah hantaran tersebut mengikut kesesuaian bajet dan berpuas hati kerana segala gubahan di buat sendiri.  Apa kata juga, anda meminta saudara mara untuk membantu anda dalam memberikan idea meggubah hantaran tersebut, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan juga. Jadi, bajet anda dapat dikurangkan. Pissstttt, –Masa yang paling sesuai untuk korang pergi shopping untuk beli barang-barang kahwin adalah semasa Mega Sale. Yang penting, korang kena lah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi ok ! J


2) KAD KAHWIN

Nak kurangkan bajet lagi? Adalah disarankan untuk anda menempah kad kahwin bagi kedua-dua belah pihak dalam satu kad yang sama. Ini kerana, harga kad kahwin akan menjadi lebih murah sekiranya anda berbuat sedemikian. Ini kerana harga kad kahwin bergantung kepada jumlah cetakan yang kita inginkan. Namun, anda juga harus bijak memilih agensi percetakan kad kahwin anda.  Antara perkara yang perlu anda beri perhatian dalam memcari agensi percetakan kad adalah: 

1) Harga satu kad sudah termasuk caj sampul
2) Harga yang ditawarkan sesuai dengan ketebalan kad
3)Caj rekacipta (ada agen yang menawarkan servis rekacipta kad kahwin secara percuma da nada sesetengah yang tidak)
3) Caj peta (Pilih agen yang tidak mengenakan ‘hidden charge’ untuk rekaan kedua pihak dalam satu kad)

3) SANTAPAN UNTUK MAJLIS RESEPSI
Haaa..ini adalah aspek terpenting yang menjadi keutamaan dalam sesuatu majlis tak kira lah majlis perkahwinan, bahkan majlis lain juga. Apa yang perlu dititik beratkan adalah dari segi pemilihan hidangan lauk pauknya. Sudah semestinya anda mahukan hidangan yang sedap dan menarik untuk bakal tetamu anda kan? Namun, bila dihintung, tempahan untuk khidmat katering sahaja menelan belanja puluhan ribu ringgit. Belum lagi masuk kos pelamin, persalinan baju bersanding dan jurufoto. Ah, buntu dibuatnya!.. Jangan pening-pening, ada jalan penyelesaiannya. Duduk dan berbincang bersama-sama ahli keluarga anda, minta pertolongan dari saudara-mara dan orang kampung.  Kalau majlis diadakan di kampung, lakukan secara gotong-royong atau ‘rewang’. Boleh jimat kos. Suasana juga akan bertambah meriah, bahkan cara seperti ini masih dipraktikkan di kampung-kampung.


4) CENDERAHATI@DOORGIFT
Cenderahati atau ‘doorgift’ tidak boleh dipandang mudah dalam sesuatu majlis perkahwinan. Ia seolah-olah menjadi penantian setiap tetamu yang hadir ke sesebuah majlis perkahwinan. Memang sesetengan tetamu ada yang tidak kisah tentang pemberian cenderahati mahlis, tetapi ada yang amat menitik beratkan pemberian cenderahati tersebut. Terdapat banyak video tutorial atau majalah pengantin yang anda boleh lihat dan ikuti dengan cara yang amat mudah. Dengan kata lain DIY doorgift amat banyak dipaparkan di dalam majalah pengantin atau video tutorial di YouTube!. DIY cenderahati sangat mudah, ringkas , cepat dan menjimatkan kos.

5) JURUGAMBAR
Bukan sahaja kos pelamin dan catering yang memeningkan kepala, bahkan harga jurugambar  yang mencecah ribuan ringgit! Kalau ada yang ratusan, itu pun hanya untuk gambar akad nikah sahaja. Sudah tentu anda dan pasangan ingin mengabdikan hari bahagia anda dan pasangan hingga ke hari tua bukan? Jimatkan kos menggunakan khidmat jurugambar ini dengan meminta bantuan kawan-kawan atau saudara mara anda untuk menjadi jurugambar anda pada hari bersejarah itu. Atau, anda boleh mendapatkan khidmat mana-mana jurugambar yang professional untuk sentuhan magis di pameran pengantin Malaysia, dengan harga yang murah dan berbaloi selain anda boleh melihat koleksi gambar yang pernah di ambil oleh mereka.


6)  PILIH PAKEJ PERKAHWINAN
 Jangan pulak korang sewa baju kahwin di kedai A, pelamin di kedai B, make-up dari C dan lain-lain lagi. Lebih baik korang sewa perkhidmatan dalam satu pakej. Tak perlu susah-susah. Pilih la pakej kahwin yang sesuai dan berpatutan sesuai dengan bajet anda.

Haaa..mudah kan untuk berjimat? Kadang-kadang pembaziran dan ‘over budget’ berlaku apabila kita tidak merancang penggunaan kewangan dengan betul. Kadang-kadang buat sendiri lebih puas hati berbanding mengupah agen untuk menyiapkan segala persiapan kahwin walaupun penat, kita akan mampu tersenyum puas dengan hasil kerja tangan sendiri. Untuk bakal-bakal pengantin di luar sana, Selamat Pengantin Baru warga UrbanVibe Event ucapkan. Berbelanja dengan bijak demi masa depan anda.. Jumpa lagi di entry yang akan datang.. Daaaaa J

Pissttt: Jangan lupa temui kami di SACC, Shah Alam pada 29 November hingga 1 Disember 2013 di Pameran Pengantin Malaysia. Jumpa di sanaaaaaaa … +_+


SELAMAT PENGANTIN BARU

Saturday, September 14, 2013

Hari Pertama Dan Kedua Pameran Pengantin Malaysia !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini telah masuk hari kedua Pameran Pengantin Malaysia 2013 di Ampang Point..
Banyak sangat aktiviti-aktiviti menarik yang telah pun berlangsung..Antaranya Pertandingan Booth Tercantik, Perarakan Pengantin, Alunan Kompang Kahwin, Persembahan Silat..

Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang akan berlangsung seperti Pertandingan Memakai Sampin, Kuiz untuk para pengunjung dan DIY hantaran..jadi datang lah bawa sekampung datang kerana anda pasti tidak akan kecewa dengan pakej-pakej yang menarik semua exhibitor-exhibitor tawarkan.

Kepada sesiapa yang tak sempat untuk hari ini jangan kecewa kerana esok adalah hari terakhir !!..
tak payah tunggu-tunggu lagi lepas ni takde la nak pening kepala da pasal kahwin.hehe

soooo kat sini kami letakkan gambar-gambar sepanjang Pameran Pengantin Malaysia daripada hari pertama dan kedua:










Esok masih ada lagi ! *Jom ke Pameran Pengantin Malaysia 2013 di Ampang Point pada 13-15 September 2013 bermula jam 10 pagi-10 malam dan masuk adalah PERCUMA!!

ni plak video daripada UrbanTV:


1stday!

2nd day!

Nak dapat info mengenai Pameran Pengantin Malaysia ? klik di sini Pameran

Friday, September 13, 2013

Pameran Pengantin Malaysia 2013 ,Ampang Point.

Assalamualaikum...

Hai semua kengkawannnnn...
korang semua tengah buat apa???hehe..hari nii
admin excited sangat-sangat sebab event kita Pameran Pengantin Malaysia 2013
di Ampang Point dah pun bermula mulai 13-15 September ni...
yihuuuuuuuuuuuu...

Korang semua jangan lupa datang tauu..
especially bakal-bakal pengantin kat luar sana lebih-lebih lagi 
yang duduk dekat area kl..ampang..wangsa maju..gombak dan yang 
sekitar dengannya la..jangan lupa datang..kalau 
tak datangg ruuuugiiiii..hehe..

Kat mana lagi korang nak dapat harga-harga yang
best-best kan kalau tak dekat pameran..!!
Ha..so tunggu apa lagi???..Kami akan berada di Ampang Point 
sehingga hari Ahad 15 September 2013..

Dan sepanjang pameran berlangsung..

Kami akan mengadakan "Purchase and Win" sepanjang Pameran nanti.
Anda hanya perlu membuat deposit minimum RM100 dan pergi ke kaunter 
urusetia untuk mendapatkan Nombor Cabutan bertuah!!



Oh ya!!! admin nak tunjuk dekat korang semua..
iklan radio kita Pameran Pengantin Malaysia 2013 Ampang Point..
dah keluar dah di radio Era.fm...weeehuu
So siapa-siapa yang drive ke kerja ke..ke kolej ke..ke mana-mana la.
mesti akan dengar iklan kita..di radio Era.fm..hehe



Oh ya..iklan kita dekat majalah Pesona Pengantin pun dah keluar da 
awal-awal bulan hari tu..heeeeee

So korang semua...jangan lupa tau!!! kita jumpa nanti ya..di Ampang Point..! ^_^..





Ikhlas,



Tuesday, September 10, 2013

Promo Pameran Pengantin Malaysia 2013 Ampang Point

Assalamualaikum..

Haiiii semua..heheheh

Hari ni admin ada berita gembira nak beritahu pada korang semuaaaaaa...hehe
admin nak tunjuk kat korang semua video promo untuk next event
 Pameran Pengantin Malaysia 2013 di Ampang Point..
pada 13-15 September 2013..tak lama sahaja lagi..

Jadi...saksikanlah video khas dari kami..
istimewa untuk anda semua..:)





Pssttttt..jangan lupa..Pameran Pengantin Malaysia 2013 Ampang Point
13-15 September 2013
Save the dateeeeee okay!!!!!..peace..








Ikhlas,


Sunday, September 1, 2013

Salam Merdeka buat semua!!^^

Assalamualaikum semua...^^

Rasanya belum terlambat lagi admin nak ucapkan

Salam Merdeka

kepada semua rakan-rakan..

selamat menyambut kemerdekaan yang ke-56..
'Malaysiaku Berdaulat.Tanah Tumpahnya Darahku'




*admin rasa tema kali ini sangat menusuk kalbu..:) 
sangat sesuai dan bertepatan dengan semangat cintakan negara.:) 
admin sayang Malaysia.!

Merdeka!!!Merdeka!Merdeka!

Contest Video Anniversary..!!!!

Assalamualaikum semua....^^

Hai2...kembali lagi dalam rancangan....Tom Tom Bak!!..eh* tetibe..haha
Takdelah..gurau sahaja..hehe..

Apa khabar korang semua..hehe.Hope korang semua baik-abaik sahaja lah ye..
ececeh dah mcm tulis surat pulak.hihi

Hari ni..admin ada berita gembiraaaaa nak bagitahu kat korang semua!!..hehe
Kalau ada yang dah tengok di fanpage kami, Pameran Pengantin Malaysia 
mesti dah tahu tentang contest ni..



Sangat menarik bukan??hehe...
So..untuk menyertai pertandingan ini..
senang sahaja..hehe.
Korang kena ikut syarat-syarat dan step di bawah ini..:)

- Contest ini dinamakan contest video 'Sebenarnya Kita Suami Isteri'
- Contest ini te
rbuka kepada semua pasangan yang telah berkahwin. 
(Tidak kiralah anda baru Seminggu berkahwin, Sebulan berkahwin, 
ataupun dah 20 tahun berkahwin).

Syarat-syaratnya:
- Like fanpage Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event 
& share poster contest video ini di wall anda serta seorang / lebih di wall rakan anda.
- Jadikan poster Pameran Pengantin Malaysia Ampang Point sebagai profile picture anda. 
(seperti profile picture Pameran Pengantin Malaysia).
- Create video 'Sebenarnya Kita Suami Isteri' sekreatif yang boleh dan post 
di wall anda sendiri. 
- Share video tersebut di fanpage Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event.
- Tagged nama anda dan pasangan anda di ruangan komen post ini.
- Pastikan anda tidak membuat 'Private Mod' untuk facebook anda supaya kami 
boleh lihat video tersebut.
- Durasi video adalah tidak melebihi 30 saat sahaja.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 September 2013.


Jadi..apa tunggu lagi???best gila hadiahnya tahu?hehe.kalau la admin jadi korang,admin dah masuk..tapi malangnya admin pun belum kahwin lagi..haha..siapa yang tak nak hadiah best macam ni??set perabot bilik tidur tu.....kalau tak menang pun, still dapat hadiah best..!! emas!! wahhhhh..ishh ruginya siapa yang tak nak join..hehe..so..tunggu apa lagi??? 

Jom ramai-ramai join contest ni!!



Ikhlas,