Assalamualikum,
Apa Khabar semua? Admin harap korang semua sihat, especially pada bakal-bakal
pengantin kita yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni. Hari ni admin nak berkongsi
serba sedikit mengenai tips untuk menata rias meja pendaftaran. Sound
Interesting! Nowadays dah ramai yang menyediakan meja pendaftaran di majlis
resepsi mereka oleh kerana kehadiran sudut pendaftaran seumpama mengalu-alukan
kedatangan para tetamu ke majlis bahagia anda. Bahkan, anda boleh mengabadikan kata-kata
manis atau coretan dari mereka supaya tersemat rapi dalam memori sepanjang
melakar bahtera rumah tangga. Ceewahhh..
Usah hadkan
pengalaman para tetamu yang hadir dengan sekadar mengabadikan memori di dalam
foto album dan video sahaja, sebaliknya ilham kretif anda harus dicetus dengan
menyediakan sudut meja pendaftaran untuk mereka sematkan pandangan serta
kata-kata perangsang mereka terhadapap keseluruhan majlis resepsi perkahwinan
dengan hasil nukilan mesej di dalam buku tetamu.
Anda harus
bijak dan kretif , tak memerlukan bajet yang banyak untuk menyediakan meja
pendaftaran. Apa kata admin tolong anda , mana tahu boleh diguna pakai ? J
1) Kad
Mesej – Kumpul kad-kad yang direka pelbagai bentuk, ikut kretiviti
masing-masing lalu abadikannya dalam pasu gelas, magkuk hiasan, bakul ataupun
kotak berhias ketika majlis resepsi. Menarik bukan? J Yeahh!
2) ‘Clothesline
Guetsbook” –Haaa..apa benda pulak tu? Cuba anda bayangkan, gantungan kad ucapan
kahwin, selamat berbahagia, selamat pengantin baru dan banyak lagi kata-kata di
gantung dalam satu taman bunga? Unik dan cantik kan? Gantungan kata-kata
perangsang melalui kad pelbagai rekaan merupakan idea kreatif ketika majlis
resepi berlangsung.
Tapi
sekarang ini idea datang macam-macam. Ade jugak tulis atas kayu yang berbentuk
puzzle. Wahhh.. gitu.. Idea yang bernas. Lepas kahwin boleh lah di 'frame'kan
dan digantung pada dinding rumah..
3) ‘Wishing
tree Centrepiece' – Cetusan idea menggunakan ranting kayu yang cukup menarik dan tak
memerlukan bajet. Ranting kayu ini boleh digunakan untuk membuat ‘wishing tree’
dan semakin digemari oleh para mempelai masa kini. Hanya sediakan kertas comel
pelbagai bentuk dan warna, riben dan para tetamu akan menulis kata-kata mereka
di dalam kertas atau kad itu lalu digantungkan ke ranting ‘wishing tree’.
Sangat unik ala-ala Vintage.
4) ‘Photobooth’
atau gambar Palaroid – Cara yang sangat menyeronokkan untuk merakam intipati
majlis perkahwinan anda ialah dengan mengabadikan gambar-gambar tetamu di dalam
buku tetamu. Pasti anda akan tertawa dengan pelbagai gelagat mereka yang pasti
mencuit hati setelah seharian penat melangsungkan majlis perkahwinan anda.
5) Tandatangan
di dalam Foto Album – Cara yang mudah dan ringkas ialah meminta tetamu menulis
kata-kata ucapan mereka dan menandatangani buku tetamu tersebut.
6) Mesin
Taip – Konsep vintageini baru sahaja diaplikasikan ke dalam majlis resepsi
pengantin baru masa kini. Dengan menngunakan mesin taip,para tetamu diberi
peluang untuk meluahkan ucapan manis kepada kedua-dua mempelai yang diraikan.
7) Sampul
Surat – Idea ini lebih bersifat peribadi ker
ana setiap tetamu yang bertandang
akan menulis ucapan mereka di atas sekeping kad nota kecil dan kemudian mereka
diminta untuk menyimpannya ke dalam sampul surat yang telah tersedia di ruang
buku tetamu
Kunci Utama untuk
menghasilkan kombinasi yang sempurna dan dramatik ialah dengan memilih refleks
yang terbaik dengan tema majlis perkahwinan dan tampak harmoni apabila
digabungkan.
Selamat Mencuba !
:)
No comments :
Post a Comment