Hari ni admin nak bercerita tentang kebaikan
dan keburukan tinggal di rumah sendiri dan di rumah mertua. Ada yang menganggap
tinggal di rumah sendiri adalah lebih baik dari tinggal di rumah mertua selepas
berkahwin dan sebaliknya. Sememangnya
selepas melangsungkan perkahwinan, pemilihan tempat tinggal merupakan perkara
utama yang perlu difikirkan. Adakah anda memilih untuk tinggal bersama dengan
keluarga ataupun memiliki rumah sendiri? Apakah pilihan yang tepat sama ada
tinggal bersama keluarga ataupun hidup sendiri bersama teman hidup?
Ada baiknya jika tidak tinggal sebumbung
dengan keluarga mertua kerana suka duka, pahit dan manis hanya mereka yang melaluinya.Biar berjauhan,
bibit perasaan rindu terhadap mertua, baru dapat rasa kebahagiaannya. ♥♥♥♥ Juga tak dinafikan, ada baiknya juga jika pasangan baru berkahwin tinggal bersama mertua. Nak tahu apa kebaikan dan keburukannya? Jom scroll kat bawah ni :)
✄
✄
✄
✄
✄
✄
Kebaikan Tinggal Bersama Keluarga Selepas
Berkahwin
☑ Dapat menjimatkan kos perbelanjaan di awal perkahwinan
☑ Merapatkan hubungan pasangan dengan keluarga mertua
☑Keluarga mertua dapat memberi tunjuk ajar dan selok belok
mengenai kehidupan berumah tangga
Kebaikan Tinggal Sendiri atau Menyewa Rumah
☑ Belajar cara untuk hidup berdikari
selepas mendirikan rumah tangga
☑ Keserasian antara suami dan isteri
terutama yang baru berkahwin pasti akan terjalin
✄
✄
✄
✄
✄
✄
Keburukan Tinggal Bersama Keluarga Selepas
Berkahwin
☒ Pergerakan terbatas! Sukar untuk bergerak bebas
kerana risau keluarga mertua akan memberi pandangan yang kurang elok
☒ Tiada rahsia antara anda dan pasangan
dengan keluarga mertua. Privasi anda pasti terganggu
☒ Kemesraan anda dengan suami pasti
terbatas kerana khuatir reaksi keluarga mertua
Keburukan Tinggal Sendiri atau Menyewa
Rumah
☒ Tidak
mempunyai peluang untuk belajar ilmu mengenai rumah tangga bersama keluarga
mertua @ tak survive.
☒ Di awal
perkahwinan selalunya kewangan masih tidak stabil. Melainkan si suami tela
menyediakan segala-galanya sebelum masuk meminang.
☒ Perlu
pandai membahagikan masa untuk suam, kejaya dan pekerjaan di rumah
Apa pula kata korang? :) Buatlah pilihan yang bijak agar terjaga semua hubungan antara anda dan keluarga mertua. Sebaiknya elakkan segala permasalahan yang berkemungkinan berlaku dan atasi segalanya dengan baik. ♥♥♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
No comments :
Post a Comment