Assalamualaikum,
hai readers.!! Selamat Petang semua.. Dah lunch? Alhamdulillah, admin dah
makan, hari ni ada team lunch kat office. Bos belanja. Hehe.. Semoga di murah
kan rezeki.. Dah kenyang ni banyak pulak idea untuk bercerita. Hari ni admin
nak kongsikan tips mengenai busana dan tudung pengantin yang berhijab. Kalau
kita tengok sekarang, baaaannyaakk sangat gaya tudung yang moden dan masih
mengetengahkan ciri-ciri keislaman seperti yang dituntut agama Islam. Entry
kali ni khas untuk bakal pengantin yang berhijab, tak kira lah sewaktu majlis
akad nikah atau majlis resepsi. Banyak
gaya tudung yang boleh dikenakan sesuai dengan busana pengantin untuk gaya yang minimal dan mempesonakan di
majlis pernikahan. “Keep it Simple and Sophisticated!” J
Memang tak
dinafikan, membuat persiapan untuk menentukan busana yang sesuai untuk majlis
perkahwinan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anda bermula dari busana
sehinggalah kepada persiapan lain, pastinya pelbagai perkara yang perlu
diselesaikan. Namun, perkara yang paling penting ialah busana pengantin dan
bagi anda yang bertudung pastinya anda inginkan gaya tudung yang hebat dan
cantik tetapi masih mengekalkan ciri-ciri yang sopan dan menawan. Sebenarnya
terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda lihat jika anda inginkan
busana sopan bagi mereka yang berhijab.Pasti manis dan anggun semasa hari
bersejarah nanti!
TIDAK
KETAT DI BAHAGIAN DADA
Penampilan
si gadis yang berhijab semestinya menjadi perhatian semua tetamu yang hadir.
Mana tak nya, dengan busana pengantin yang mewah dan solekan yang menawan
pastinya menambat hati para tetamu yang hadir. Tapiiii.. setiap mata-mata akan
memerhatikan anda, jika tesilap gaya sedikit pastinya akan memberikan persepsi
yang kurang memuaskan. Pilihan busana untuk mereka yang berhijab haruslah
menampakkan kesopanan dan tidak ketat di bahagian dada. Hal ini kerana apabila
tudung anda terlalu singkat maka bahagian dada yang ketat akan menyebabkan
bahagian tersebut akan terlalu ‘besar’ untuk didedahkan. Oleh itu, pastikan
bahagian dada tersebut di litupi dengan tudung yang labuh dan fitting baju yang
tidak ketat di bahagian dada si pemakai.
LABUHKAN
TUDUNG ANDA
Pastikan
tudung yang anda bakal gayakan nanti menutupi bahagian dada. Jika ingin
menutupi sebahagian daripada bahagian dada anda, pastikan kurangkan perincian
di bahagian tersebut. Tidak dinafikan bahawa busana pengantin moden masa kini
meletakkan perincian yang mewah dan bergaya pada bahagian dada busana pengantin,
tapi tudung yang sedikit labuh menutupi dada lebih sopan dan memikat hati
daripada menampakkan perincian mewah yang mendedahkan bahagian dada si cantik
pengantin perempuan. Jangan risau, anda boleh melebihkan perincian di bahagian
pinggang ataypun lengan untuk memberikan kesan yang lebih ekslusif dan bergaya.
Selain itu, anda juga boleh memberikan idea kepada pereka busana pengantin anda
untuk meletakkan perincian pada tudung yang bakal dipakai nanti. Simple dan
tidak terlalu sarat untuk majlis perkahwinan anda nanti.
GAYA JUBAH
MASA KINI YANG MENAWAN
Gaya jubah
moden semakin menjadi pilihan di hati bakal pengantin masa kini. Mana tak nya,
penggemar jubah yang dijahit dengan sulaman dan perincian labuci yang mewah
bakal memberikan sentuhan magis kepada si pemakainya, pasti cantik dan menawan,
terutama si pemakai yang mempunyai susuk
tubuh yang tinggi lampai. Pilihan rekaan dress labuh dan jubah adalah yang
terbaik buat anda yang inginkan kelainan dan tampil berhijab semasa majlis
pernikahan. Hal ini kerana, rekaan dress atau jubah lebih kemas dan sopan
apabila digayakan terutamanya di majlis pernikahan. Bahagian busana yang sedikit
longgar di bahagian dada dan pinggul memberikan impak yang cukup besar buat si
pemakai, lebih-lebih lagi jika anda melangsungkan akad nikah di masjid. Sopan
dan bergaya tampaknya.
No comments :
Post a Comment