Saturday, October 5, 2013

6 Cara Terbaik MENENTUKAN Bajet Kahwin Murah!

Assalamualaikum Semua!! Selamat hari Sabtu dan selamat bercuti hari minggu J

Hari-hari minggu macam ni kebiasaannya bakal pengantin akan meluangkan masa bersama-sama keluarga untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Ada cara masing-masing untuk rangka perjalanan hari bersejarah anda. Ada yang start setahun sebelum majlis, ada yang dua tahun sebelum, ada juga yang hanya berapa bulan. Tetapiiiiii.. tahukah anda persiapan perkahwinan memerlukan perancangan bajet yang terbaik untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran (over budget)? Hmmm.. 

Naik pening bila difikirkan dari persiapan yang kecil hingga lah yang besar, contohnya persiapan resepsi kenduri, barangan hantaran, kad kahwin, malah sisipan untuk para tetamu juga perlu difikirkan untuk menjadikan majlis barakah ini berjalan dengan lancar, seiring dengan apa yang dirancang.


Apa kata korang ikut pendapat ni. Mana tau, akan terasa ringan sikit beban yang tidak tertanggung tu. Bakal pengantin tak boleh stress-stress tau. Rileks-rileks ok. Jom intai bawah ni... :)

1) BARANG HANTARAN
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan bakal pengantin sibuk memikirkan tentang jumlah bayaran untuk hantaran terutamanya bagi yang menggunakan khidmat perancang perkahwinan atau dengan erti kata lain “Wedding Planner”. Upah untuk wedding planner bukan calang-calang bajet, kerana urusan merancang majlis perkahwinan adalah bermula dari A hingga Z dan bajet yang diperlukan untuk membayar semua kos adalah sangat tinggi. Namunnnn.. jangan rasa terbeban kerana sekarang bakal-bakal pengantin pun boleh jadi menggunakan kretiviti masing-masing untuk mengubah hantaran tersebut mengikut kesesuaian bajet dan berpuas hati kerana segala gubahan di buat sendiri.  Apa kata juga, anda meminta saudara mara untuk membantu anda dalam memberikan idea meggubah hantaran tersebut, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan juga. Jadi, bajet anda dapat dikurangkan. Pissstttt, –Masa yang paling sesuai untuk korang pergi shopping untuk beli barang-barang kahwin adalah semasa Mega Sale. Yang penting, korang kena lah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi ok ! J


2) KAD KAHWIN

Nak kurangkan bajet lagi? Adalah disarankan untuk anda menempah kad kahwin bagi kedua-dua belah pihak dalam satu kad yang sama. Ini kerana, harga kad kahwin akan menjadi lebih murah sekiranya anda berbuat sedemikian. Ini kerana harga kad kahwin bergantung kepada jumlah cetakan yang kita inginkan. Namun, anda juga harus bijak memilih agensi percetakan kad kahwin anda.  Antara perkara yang perlu anda beri perhatian dalam memcari agensi percetakan kad adalah: 

1) Harga satu kad sudah termasuk caj sampul
2) Harga yang ditawarkan sesuai dengan ketebalan kad
3)Caj rekacipta (ada agen yang menawarkan servis rekacipta kad kahwin secara percuma da nada sesetengah yang tidak)
3) Caj peta (Pilih agen yang tidak mengenakan ‘hidden charge’ untuk rekaan kedua pihak dalam satu kad)

3) SANTAPAN UNTUK MAJLIS RESEPSI
Haaa..ini adalah aspek terpenting yang menjadi keutamaan dalam sesuatu majlis tak kira lah majlis perkahwinan, bahkan majlis lain juga. Apa yang perlu dititik beratkan adalah dari segi pemilihan hidangan lauk pauknya. Sudah semestinya anda mahukan hidangan yang sedap dan menarik untuk bakal tetamu anda kan? Namun, bila dihintung, tempahan untuk khidmat katering sahaja menelan belanja puluhan ribu ringgit. Belum lagi masuk kos pelamin, persalinan baju bersanding dan jurufoto. Ah, buntu dibuatnya!.. Jangan pening-pening, ada jalan penyelesaiannya. Duduk dan berbincang bersama-sama ahli keluarga anda, minta pertolongan dari saudara-mara dan orang kampung.  Kalau majlis diadakan di kampung, lakukan secara gotong-royong atau ‘rewang’. Boleh jimat kos. Suasana juga akan bertambah meriah, bahkan cara seperti ini masih dipraktikkan di kampung-kampung.


4) CENDERAHATI@DOORGIFT
Cenderahati atau ‘doorgift’ tidak boleh dipandang mudah dalam sesuatu majlis perkahwinan. Ia seolah-olah menjadi penantian setiap tetamu yang hadir ke sesebuah majlis perkahwinan. Memang sesetengan tetamu ada yang tidak kisah tentang pemberian cenderahati mahlis, tetapi ada yang amat menitik beratkan pemberian cenderahati tersebut. Terdapat banyak video tutorial atau majalah pengantin yang anda boleh lihat dan ikuti dengan cara yang amat mudah. Dengan kata lain DIY doorgift amat banyak dipaparkan di dalam majalah pengantin atau video tutorial di YouTube!. DIY cenderahati sangat mudah, ringkas , cepat dan menjimatkan kos.

5) JURUGAMBAR
Bukan sahaja kos pelamin dan catering yang memeningkan kepala, bahkan harga jurugambar  yang mencecah ribuan ringgit! Kalau ada yang ratusan, itu pun hanya untuk gambar akad nikah sahaja. Sudah tentu anda dan pasangan ingin mengabdikan hari bahagia anda dan pasangan hingga ke hari tua bukan? Jimatkan kos menggunakan khidmat jurugambar ini dengan meminta bantuan kawan-kawan atau saudara mara anda untuk menjadi jurugambar anda pada hari bersejarah itu. Atau, anda boleh mendapatkan khidmat mana-mana jurugambar yang professional untuk sentuhan magis di pameran pengantin Malaysia, dengan harga yang murah dan berbaloi selain anda boleh melihat koleksi gambar yang pernah di ambil oleh mereka.


6)  PILIH PAKEJ PERKAHWINAN
 Jangan pulak korang sewa baju kahwin di kedai A, pelamin di kedai B, make-up dari C dan lain-lain lagi. Lebih baik korang sewa perkhidmatan dalam satu pakej. Tak perlu susah-susah. Pilih la pakej kahwin yang sesuai dan berpatutan sesuai dengan bajet anda.

Haaa..mudah kan untuk berjimat? Kadang-kadang pembaziran dan ‘over budget’ berlaku apabila kita tidak merancang penggunaan kewangan dengan betul. Kadang-kadang buat sendiri lebih puas hati berbanding mengupah agen untuk menyiapkan segala persiapan kahwin walaupun penat, kita akan mampu tersenyum puas dengan hasil kerja tangan sendiri. Untuk bakal-bakal pengantin di luar sana, Selamat Pengantin Baru warga UrbanVibe Event ucapkan. Berbelanja dengan bijak demi masa depan anda.. Jumpa lagi di entry yang akan datang.. Daaaaa J

Pissttt: Jangan lupa temui kami di SACC, Shah Alam pada 29 November hingga 1 Disember 2013 di Pameran Pengantin Malaysia. Jumpa di sanaaaaaaa … +_+


SELAMAT PENGANTIN BARU

No comments :

Post a Comment