Thursday, October 17, 2013

Jodoh Awal itu Indah :) ❤ ❤ ❤ ❤

Persediaan Awal Perkahwinan Bagi Usia 20-An

✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚
 
✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚

Assalamualikum, Salam Sejahtera semua.. Apa khabar hari ini? Selamat bekerja bagi yang sedang bekerja dan selamat beristirehat bagi yang sedang bercuti J Hari ni admin nak kongsi kan mengenai persediaan awal perkahwianan bagi remaja yang merancang perkahwinan mereka di usia yang muda. Usia 20-an bukan lah penghalang untuk melangsungkan perkahwinan dan melayari bahtera rumah tangga yang bahagia. Bagi anda yang masih muda untuk melangkah kealam perkahwinan, pelbagai perkara perlu anda semua ketahui. Banyak perkara yang perlu disediakan selain mental dan fizikal. Hmmm.. rasa berdebarkan? Jika anda membuat persediaan awal , pasti segala masalah akan dapat dielakkan dan komunikasi antara anda dan pasangan akan berjalan dengan lancar.

Mari kita sama-sama lihat apakah sebenarnya persediaan awal yang perlu anda lakukan sebelum melangkah kealam perkahwinan! ♔♕

❧❃Tak tahu memasak?
Betul tak kalau admin teka, ramai yang takut kalau apabila datang ke rumah mertua? Mana tidaknya, pada masa itulah ibu mertua ingin menguji menantunya sama ada pandai memasak dan menguruskan rumah atau tidak. Jangan panik, jangan takut dan segan untuk belajar memasak. Apakah yang perlu dilakukan jika anda tidak pandai memasak?

Tip belajar masak!

 Belilah beberapa buah buku resepi yang berada di pasaran. Banyak cara memasak makanan yang lazat yang anda boleh guna pakai dan mampu membantu anda membuat beberapa juadah atau hidangan untuk suami, keluarga anda atau keluarga mertua.

  Jangan segan untuk bertanyakan ibu atau ibu mertua anda! Pastinya mereka adalah orang yang paling tepat untuk anda ‘berguru’ tentang masakan.

 Jangan putus asa! Cuba dan cuba lagi untuk memasak sehingga anda benar-benar menguasai beberapa jenis hidangan yang mudah,


Tambat Hati Mertua

Tunjukkan keserasian anda dengan keluarga mertua, lebih-lebih lagi dengan si ibu!. Tidak ada jurang perbezaan antara keluarga sendiri dan keluarga mertua. Kenali hati budi mereka, apa yang mereka suka dan tidak suka. Anda akan berasa lebih cepat mesra dengan keluarga baru anda jika selalu berusaha untuk mendekatkan diri dengan mereka. Ingat, jangan jadi kera sumbang dan mengasingkan diri kerana ianya hanya akan membuatkan anda rasa terasing dengan mereka. Yang paling penting adalah selalu menghormati mereka dan jaga tingkah laku anda agar mereka menyenangi sikap anda tersebut. Mana tau anda mungkin jadi menantu kesayangan? ^◕‿◕^



   ツ Murahkan hati, bawa buah tangan semasa berkunjung ke rumah mertua


  ツ Ringankan tulang, jangan malas-malas, buat apa yang patut ^_^


pisssttt## Jangan keterlaluan bila berdandan, seeloknya apabila berjumpa dengan mertua, pakailah pakaian yang sopan dan solekan yang nipis dan sweet-sweet gitu :) sejuk mata memandang.



Kawal Emosi


Orang muda sering dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil. Kadang-kadang mereka akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang, Hal ini merupakan perkara negatif yang perlu dielakkan dalam hubungan suami isteri. Selalunya perkara yang kecil akan menjadi besar apabila berlakunya perkara yang berbangkit dan tidak mengambil jalan solusi yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Komunikasi dan berbincang adalah jalan yang tepat untuk mengelakkan kedinginan di dalam rumah tangga.

 Menguruskan Anak dan Keluarga

Setiap pasangan yang berkahwin sangat mengimpikan kehadiran cahaya mata di dalam keluarga mereka sebagai pelengkap hidup berumah tangga. Walaupun anda berusia 20-an, pastinya keinginan tersebut turut ada. Apatah lagi sekarang ramai yang berumur 20-an sudah mempunyai anak yang comel-comel. Kadang terdetik juga rasa cemburu di hati bukan? J . Oleh itu bincanglah dengan pasangan anda untuk menimang cahaya mata di dalam masa yang terdekat atau tidak. Pengurusan cahaya mata dan keluarga sangat penting lebih-lebih lagi buat anda yang kurang bersedia.


Kawal Kewangan Keluarga

Selepas kahwin, kos perbelanjaan hidup mula berubah. Jangan sesekali membebankan ibu baa anda dengan masalah kewangan yang sedang dihadapi. Oleh sebab itulah anda perlu bijak menguruskan kewangan dan pastikan anda berpendapatan kukuh dan tetap. Buatlah tabung kecemasan antara anda dan pasangan. Hal ini kerana, wang simpanan kecemasan tersebut boleh sahaja digunakan apabila anda terdesak menggunakan wang. Rancanglah perbelanjaan bulanan anda dan jangan boros.

Membahagikan Masa

Pasangan muda yang berkahwin pada usia muda haruslah bersiap sedia untuk berkorban apa saja, termasuklah masa mereka. Kurangkan aktiviti luar selepas berkahwin, sebaiknya lebih menumpukan kepada perihal rumah tangga, Perbanyakkan aktiviti dengan keluarga teruatam dengan isteri dan anak-anak. Pastinya hubungan anda dan keluarga akan bertambah erat.


Semoga berjaya kepada pasangan muda  ❤ ❤ ❤ ❤ 

No comments :

Post a Comment