Monday, October 28, 2013

❤After Saying "Yes, I Do!", What is Next?❤

Guide To Wedding Planning
 
Assalamualaikum, hai readers semua!! Hopefully semua sihat, especially bakal-bakal pengantin kita.. J
Anda dah diberitahu, dengar dan baca segala artikel, buku panduan perkahwinan, majalah perkahwinan dan buat pelbagai research mengenai macam mana nak plan sebuah majlis perkahwinan yang bakal menjadi kenangan terindah sepanjang hidup anda! Wah gituuuu..
Haaaa..sekarang anda dah ada semua information mengenai perihal perkahwinan, tapiii.. apakah langkah seterusnya? Bak kata orang putih “Overloaded with information can be very overwhelming!” Hmmm..macam mana ya? Kalau dah banyak sangat information, nanti tak tahu mana satu nak pilih pulak kan, contoh nya jenis fabrik busana pengantin dan warna tema yang bersesuaian dengan majlis perkahwinan nanti. Jangan risau.. hari ni admin nak kongsikan “ Do and Don’ts” , apa yang perlu dibuat dan apa yang tak boleh dibuat untuk membantu anda tahu apa task yang perlu dimulakan dahulu, bermula dari perkara yang simple:
Wedding Do:
Tarikh Perkahwinan :
 
 Set tarikh yang bersesuaian untuk kedua-dua belah pihak, keluarga anda dan juga keluarga si dia. Menentukan tarikh perkahwinan adalah perkara utama dan penting untuk anda membuat tempahan dewan atau hotel, bagi yang melangsungkan majlis perkahwinan luar dari kawasan tempat tinggal. Yang buat majlis perkahwinan di kawasan rumah, it’s okay la, tak payah nak pening-pening kepala nak menyewa tempat untuk majlis. Selalunya, ramai wedding planner yang tak available semasa musim perkahwinan. Jadi, adalah selamat kalau anda membuat tempahan segera berdasarkan tarikh yang bersesuaian agar segala planning anda akan berjalan dengan lancar.
Senarai Tetamu:
 
Buat senarai nama tetamu yang lengkap sebelum anda mencari tempat majlis yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda. Bayangkan kalau anda tak buat senarai tetamu, tiba-tiba ramai pulak yang datang waktu hari majlis resepsi tu, tapi dewan nya kecik.. Haaa..macam mana tu? Malu jugak kan? Hehe.. Nak selamat, anda perlu senaraikan nama tetamu yang anda nak jemput untuk elakkan meja makan tak cukup..
Bajet:
“Do set a realistic wedding budget beforehand” Haaa..apa benda pulak ni? Kalau cakap pasal bajet mesti semua tergar-garu kepala kan? Pening nak fikir mana nak cari duit yang banyak untuk buat majlis perkahwinan. Mana tak nya semua barang sekarang mahal-mahal. Bagi yang berkemampuan lebih, boleh la buat majlis yang grand, ada class. Tapi bagi yang menyediakan bajet yang kecil, jangan jemput ramai-ramai pulak, buat sekadar simple-simple saja Okay? J

 
Tempat majlis:
Booking tempat majlis perkahwinan anda, at least setengah tahun atau setahun sebelum tarikh wedding anda especially untuk tarikh perkahwinan yang popularrrr..contohnya, tarikh 14.4.2014..mungkin ada ramai yang nak langsungkan majlis perkahwinan pada tarikh tersebut? Anda boleh senarai kan banyak lokasi yang menarik untuk anda adakan majlis itu nanti.
 
Bantuan:
Minta advise daripada perunding perkahwinan yang berpengalaman untuk merealisasikan impian perkahwinan anda. Semestinya anda tak nak majlis yang cikai-cikai dan tak berbaloi dengan bajet yang anda keluarkan, so inilah masa nya untuk feeling-feeling jadi “project manager” atau “day-of-manager”, pasti anda akan lebih berpuas hati jika idea anda digabungkan dengan idea perunding perkahwinan yang professional.

 
Wedding Don’ts
Jangan membelakangi  pasangan anda!
Para gadis yang bakal menjadi ratu sehari jangan lupa bahawa pasangan anda juga mempunyai pandangan nya sendiri mengenai persiapan perkahwinan. Hormati idea mereka, Don’t Say NO! NO! NO! sebelum si dia memberitahu idea mereka. Contohnya la kan, ada pengantin perempuan yang nak pakai busana warna merah jambu, mungkin yang lelaki enggan mengenakan pakaian berwarna merah jambu. So, masing-masing haruslah bertolak ansur, jangan hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
 
Jangan jemput semua orang yang pernah anda kenali!
Spend hari bersejarah anda bersama orang-orang yang special untuk anda dan keluarga pasangan sahaja kerana ia akan memberikan satu memori yang bermakna buat anda dan pasangan.
Jangan risau tentang perkara yang bercanggahan
Yes, there are those few perfect weddings, but in the real world “stuff happens”. Jangan risau jika berlaku percanggahan planning perkahwinan anda. Sentiasa bersikap positif, gunakan “sense of humour dan fleksible dengan keadaan sekeliling. Ini akan membantu anda untuk focus kepada perkara yang lebih penting atau gunakan saja khidmat pakar perunding perkahwinan profesional.
Jangan lupa untuk enjoyyy!
The day is yours. Raikan perkahwinan anda bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Abadikan saat indah hari perkahwinan anda bersama mereka.
 
 

No comments :

Post a Comment